Ribu dan format tarikh Angka Ibrani

Dalam sistem angka Ibrani, kiraan ribu dibuat berasingan, dan ia selalunya mendahului bahagian lain nombor (ke kanan, oleh kerana tulisan Ibrani dibaca dari kiri). Tanda petikan tunggal biasanya diletakkan di hujung huruf untuk menyatakan yang satu kiraan itu bermula dengan ribu. Bagi menyatakan tahun dalam kalendar Ibrani pada alaf ini, para penulis biasanya membuang tanda ribu (yang diwakili 5 [‫ה‬]). Ribu wujud dalam sistem mata wang Israel hari ini.

“Isnin, 15 Adar 5764” (dimana 5764 = 5(×1000) + 400 + 300 + 60 + 4, dan 15 = 9 + 6):

Sepenuhnya (dengan ribu): “Isnin, 15 haribulan Adar, 5764”‫יום שני ט״ו באדר ה׳תשס״ד‬Penggunaan biasa (tanpa ribu): “Isnin, 15 haribulan Adar, (5)764”‫יום שני ט״ו באדר תשס״ד‬

“Khamis, 3 Nisan 5767” (dimana 5767 = 5(×1000) + 400 + 300 + 60 + 7):

Sepenuhnya (dengan ribu): “Khamis, 3 haribulan Nisan, 5767”‫יום חמישי ג׳ בניסן ה׳תשס״ז‬Penggunaan biasa (tanpa ribu): “Khamis, 3 haribulan Nisan, (5)767”‫יום חמישי ג׳ בניסן תשס״ז‬

Untuk melihat bagaimana tarikh hari ini dinyatakan dalam kalendar Ibrani, rujuk, contohnya, tarikh pada bahagian atas laman utama Haaretz Online

Tahun terkini

5769 (2008–09) = ‫תשס״ט‬

5768 (2007–08) = ‫תשס״ח‬

5767 (2006–07) = ‫תשס״ז‎‬

5766 (2005–06) = ‫תשס״ו‎‬

5765 (2004–05) = ‫תשס״ה‎‬